Thursday, December 31, 2020

2020 Full Of Colour

Setelah sekian lama, tak sempat ambil masa dan ruang untuk menulis di blog ne..blog ini juga umpama seperti dairi, akan ku simpan kisahku, kalau dengan izin Allah s.w.t panjang usiaku, boleh ditatap semula untuk mengingati kembali setiap detik dan kenangan yang telah ku jalani sepanjang hayatku yang sempat ku simpankan ianya disini.. 
 Melangkah masuk tahun 2020 bagiku satu langkah yang besar kerana, tahun pertama permulaan kami teruskan hidup tanpa adanya gelak,senyum,peluk,cium abah lagi..bagiku hanya orang yang merasai akan rasa betapa sakitnya rindu tiada penghujung, tidak pernah terlintas difikiranku diusiaku yang belum sempat abah serahkan ku dalam jagaan orang lain,adik tak dapat peluang nak abah yang jd saksi hari bahagia adik, ingat lagi semasa hayat abah ada, waktu tu abah sihat lagi..abah pernah tanya adik, haa adik tak nak kahwin ka? pernah sekali cakap dengan abah, tak nak kahwin laa nak jaga mak dengan abah sampai akhir hayat dalam ketawa sambil mata berkaca..sebab pernah satu ketika ku rasa Allah s.w.t dah tetapkan perjalanan hidupkku untuk berjasa dengan mak dan abah.. tipulah kalau dalam hati kecilku tak simpan sedikit rasa nak menuju ke arah tu..kalau boleh semua nak melalui fasa itu.


Permulaan tahun 2020 yang penuh cabaran tetapi dimudahkan, dilancarkan segala urusan sebab dengan niat dan hala tuju supaya tidak menganggu atau menyusahkan orang sekeliling, pertama kali dalam hidup menguruskan urusan pusaka arwah abah, yang mana sebelum ini segala urusan walau perbaharui lesen memandu sendiri pun abah yang buat..tapi sejak abah disahkan sakit kanser dan tahun selepas abah pencen 2018, abah dah mula bawak untuk urusan bank, bawak teman abah sebab abah tak ada suara, tapi ada hikmah setiap kejadian, belajar sedikit demi sedikit untuk belajar berani berdikari dan bawa diri di mana-mana tapi hakikatnya kita hanya manusia biasa penuh dengan kekhilafan dari pelbagai sudut dengan sedar atau tanpa sedar. Semua berjalan seperti biasa, dengan izin Allah s.w.t dan sampai pada detik 18hb Mac 2020 Malaysia di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana pergerakan keluar dari rumah mesti memakai pelitup muka (facemask) dan penggunaan "hand sanitizer" menjadi perkara wajib pada setiap rakyat di Malaysia mahu pun seluruh Dunia, kerana Pendemik Covid-19 merebak ke seluruh dunia, cuma cara setiap negara menangani situasi Covid-19 ini sahaja berlainan.Pada tanggal 17hb Mac 2020 kaki mak mulai jd air bisa(gelembung air) di jari kaki kirinya, kami paling risau sekiranya luka pada tubuh badan mak, sebabnya mak nmengalami kecing manis (diebates) dari umurku 7 tahun, selepas 20 tahun baru tiba-tiba timbul untuk menjadi luka gelembung air, berpunca adalah kerana setiap cuti hujung minggu, selepas kami pergi ziarah kubur abah, kami akan beli sarapan dan antara menu wajib beli adalah pulut ikan masin/ayam, PERINGATAN sekiranya keluarga ada penyakit kengcing manis(diabetes) jangan sesekali makan pulut terlalu banyak, sesekali dengan kuantiti yang sedikit tidak apa lagi..kamitak menjangkakan dalam tempoh kawalan pergerakan ne akan diuji sebesar ini. Dengan hanya tyha dan kakak nak uruskan mak untuk buat rawatan, tapi setelah mak hubungi pihak klinik rawatan kencing manis mak di Sungai Petani 
(KLINIK TONG)

Jadi pada 18hb Mac bermula perjalanan kami ke Alor Star, dan masing-masing ada tugas masing-masing, sorang jaga mak dan bagasi ubat mak, sorang lagi uruskan kerusi roda dan bagasi yang lain, kalau abah ada dulu bagasi semua memang tak fikir abah suruh masuk pergi duduk ja nanti bagasi abah urus, bila abah tak ada lagi masing-masing kena main peranan sebagai, abah,abang,kakak, adik dan yang kuat kudrat masing-masing walau kakak tu adalah satu-satunya yang paling lembut dalam keluarga pun jadi kuat bila abah tak ada..tyha dah memang digelar "kakak vs abang" dari kenduri pindah rumah, kenduri kahwin abangcaq,abangngah dan kakak nak apa-apa atau nak angkat atau pasang apa-apa adik paling cepat depa sebut.

Sesampainya kami di Alor Star, kami berhenti rehat dulu oleh kerana operasi klinik tersebut dalam masa yang terhad. Keesokkan paginya seusai subuh kami terus bergerak ke Sungai Petani kerana selalunya klinik ne sampai pukul 8.00 pagi pun sudah ramai menunggu untuk mengambil giliran paling awal kerana pesakit yang datang dari jauh bagi mendapatkan rawatan, yang memerlukan rawatan sehingga sebulan perlu menyewa rumah bagi memudahkan proses rawatan dan sebagainya. Setelah klinik buka, ambil giliran utk bertemu doktor dan cuba bayang kami menunggu dalam 8.00 pagi sampai pukul 3.00 petang baru sampai giliran mak. Apabila doktor panggil nama mak, dan masuk doktor cakap kalau kita buka luka ini, isinya masih merah selamat, sekiranya isinya bertukar hitam akan memberi sedikit masalah sebab dia cepat mereba, dan alhamdulillah setelah buka isinya masih lagi merah bersyukur sangat-sangat bila lihat isinya merah.

 
Yang atas tu sebelum dibuka lukanya, yang dibawah setelah lukanya dibuka.

Rawatan diberikan dan mak perlu tambah air yang dimasukkan ubat untuk lawan kuman yang berada pada lukanya, lebih kurang pukul 6 baru bergerak balik ke Alor Star, dan mak kena berulang ke klinik semula selepas 3 hari. Keesokkannya tyha kena balik semula ke Langkawi sebabnya rumah tiada siapa yang jaga, dan tuntutan pekerjaan walau waktu tu dah mula kerja dari rumah. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu, tyha takut perkara dulu waktu abah sakit pada permulaan masuk hospital tyha juga tak dapat peluang nak jagakan abah, sungguh waktu tu tyha marah dengan diri sendiri, penting dirinya sebabnya tyha baru mula kerja 02/05/2017 dan abah operation 31/05/2017 agak susah nak apply cuti. Waktu tu masih baru nak cerita masalah kita, sebab belum ada kawan yang boleh dipercayai, hanya apabila rasa sedih tak boleh dikawal, nangis ja sorang dalam office, lepas tu bangun p toilet basuh muka then buat kerja macam biasa hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu perasaan waktu tu..dan memang menyerah segala urusan abah,mak, kakak dan angah dalam jagaan Allah s.w.t yang satu sahaja..bila mak jadi macam ini terlintas difikiran apa yang sebelum ini ku tak dapat peluang tu, dan sekali lagi peluang itu ku tak dapat nak buat, sedikit terkilan tetapi Husnuzon setiap yang jadi ada hikmahNya.. Senyum jaa walau dalam hati Allah s.w.t sahaja yang tahu. Dan berlalu hari demi hari, tiap hari call mak macam mana boleh balik dak lagi? seminggu demi seminggu doktor cakap nak bagi kulit baru tumbuh sepenuhnya, jaga makan dan luka..dan setelah sebulan berlalu maka berakhirnya penantian rawatan mak selama 1 bulan di klinik Tong Sungai Petani dan luka telah tertutup sepenuhnya..Alhamdulillah bersyukur sangat..dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nak ke mana kena ada surat dan tujuan untuk bergerak satu tempat ke tempat lain.

Sepanjang sebulan mak di sana, tyha di langkawi bekerja dari rumah, kadang kala perlu ke Pejabat juga dengan berbekalkan surat kebenaran majikan untuk kakitangan ke pejabat dengan jumlah yang paling minimum dalam satu masa, dan terus terang cakap, bermula sahaja PKP dan Covid-19 ini hadir, tekanan pekerjaan yang paling mencabar selama tyha bertugas sebagai HR Assistant Supervisor dan tyha tak pernah terfikir tyha akan lalui Fasa mencabar ini. Department tyha yang dulunya ada 4 kakitangan tinggal hanya tyha yang bekerja dari mula PKP sehingga bulan Ogos 2020 baru Admin Assistant dipanggil bertugas semula bagi membantu kerja-kerja HR department, Alhamdulilalh tyha tak pernah terfikir tyha akan jadi sekuat itu, dan pada ketika itu bersyukur kudrat masih lagi kuat dan semangat walau hakikatnya badan rasa lagi tidak mampu, hari demi hari ke pejabat sebab ingat perjanjian yang pernah tyha tandatangan masa hari pertama masuk kerja, bertanggungjawab dalam departmentku membantu kerja-kerja yang lain, dan satu benda tyha sentiasa semat dalam ingatan, buat baik sehabis boleh, dan jangan harapkan balasan tak kisah sama ada dari kawan atau majikan, sebab tak semestinya pengorbanan kita itu mereka yang akan membalasnya tetapi in shaa Allah one day akan ada yang akan membantu kita di saat kita memerlukan bantuan.

Pada asalnya tugas yang tyha hanya sebagai seorang "PAYROLL" yang memproseskan gaji staff, menguruskan KWSP,SOCSO dan LHDN (Income tax) tapi juga dinyatakan membantu kerja-kerja HR Executive dan Admin Assistant. Setiap ketua jabatan perlu memilih minimum staff sahaja yang akan bekerja dalam tempoh PKP (bermulanya tidur yang tidak teratur, dan tidak cukup tidur dimana apabila terjaga sahaja laptop sentiasa ada depan mata) dan selebihnya akan dijadikan ERP (Employment Retention Programme) cuti tanpa gaji bermula April 2020- September 2020 dan majikan akan salurkan bantuan ERP RM600.00 yang disalurkan pihak Perkeso kepada majikan bagi menyalurkan kepada staff syarikat masing-masing, dan proses ini mengambil masa yang agak memerlukan kesabaran untuk siapkan senarai nama staff yang WSP (Wages Subsidy Programme) staff yang akan bekerja dalam tempoh PKP sampailah saat ini. WSP yang tinggal hanya 44 orang dari 139 staff, selebihnya diletakkan dibawah ERP cuba bayangkan ramainya, kita sebagai manusia biasa, bukan tidak ada rasa belas kasihan buat staff yang dikenakan ERP lag-lagi yang kita tahu kehidupan yang mereka harus mereka teruskan dalam keadaan ekonomi begini, syarikat ambil tindakan begini adalah kerana syarikat tiada aliran tunai masuk, 

Bagi bulan April sesi staff yang dikenakan ERP selesai dan tugasku untuk mendapatkan saluran dana dari SOCSO bermula dan tyha kena update permohonan tersebut sebelum 15hb setiap bulan, selesai itu baru boleh proses untuk gaji staff yang lain. Rutin harian pada bulan April masih selang seli kerja dari rumah dan pejabat. Masuk sahaja bulan May bermula kerja seperti biasa 9.00pagi hingga 05.00 petang dan tiada lagi kerja separuh hari pada hari Sabtu bagi mengurangkan penggunaan elektrik. Hari demi hari berlalu, sehingga sampai dipenghujung bulan Julai 2020, pihak syarikat tidak lagi mampu untuk membayar ERP terlebih dahulu kepada staff oleh kerana SOCSO membayar dana tersebut kepada majikan lewat dan ada juga anak syarikat yang telah ditolak permohonannya, pihak syarikat mengeluarkan satu lagi surat, iaitu CTG (Cuti Tanpa Gaji) kerana syarikat tidak mampu untuk menanggung, oleh kerana "stock holdings" yang belum bertukar kepada tunai terlalu tinggi, sekali lagi tekanan yang cukup hebat buatku, hari raya Haji yang sedikit memberi tekanan buatku, bayangkan esok nak raya 7.30 petang masih lagi di pejabat untuk buat surat dan email kepada staff contract mengenai surat penamatan contract mereka, dalam hati petang raya buat surat macam ne..hati tersentuh rasa..sedihnya petang raya depa dapat berita macam ne,,tyha orang pertama dapat tahu, Allah sahaja yang tahu perasaan dia seumpama apa..dan salah seorangnya tyha punya department 2 orang sekali gus. Tapi apakan daya tyha hanya menurut perintah (kerja makan gaji) tabahkan hati, majikan bayar sebulan notis dan dengan surat penamatan ini dapat membantu mereka membuat tuntutan EIS (Employment Insurance System) bantuan elaun untuk mereka mencari pekerjaan baru yang lain.

Selesai urusan staff yang contract dan belum confirm, awal bulan Ogos satu lagi tugasan di mana lebihan staff yang Confirm di mana satu lagi surat CTG di keluarkan bagi tempoh 6 bulan bermula Ogos 2020- Januari 2021, dan disini yang tyha mulai rasa tekanan makin menekan apabila ada satu kes yang agak P&C tetapi sangat memberi kesan dalam pengalaman sepanjang tyha kerja dalam HR department, tetapi ada HikmahNya selepas kejadian tersebut tyha lebih mengenali di mana kawan, di mana sahabat saat itu dan selepas itu... siapa minta untuk jadi seperti itu, tetapi tyha sentiasa percaya Allah s.w.t ada senantiasa dengan kita, biar apa sahaja pandangan, tyha hanya menjalankan tugas tyha..selebihnya terpulang..selamat dari pertengahan bulan March - Ogos alhamdulillah kuat lawan dan cuba sehabis baik..tapi sampai sahaja satu tahap di mana kes ini, tyha betul-betul rasa down dan rasa tak kuat dah nak hadap semua ne dengan rehat dan fikiran yang sentiasa tak lekang dengan kerja, rasa "surrender"sebab hujan lebat sangat dah waktu tu, tak boleh tahan lagi..Alhamdulillah keesokannya diberi perlepasan untuk cuti dan tenangkan emosi..tapi satu pengajaran yang tyha kena ambil dan belajar adalah jangan buat keputusan ketika marah, jangan lepaskan kata-kata yang menyakitkan hati orang ketika marah, selepas itu menggangap seperti tiada apa.. orang lain pun ada hati dan perasaan, orang lain ada ketika susah senangnya last sekali orang itu yang dia buat terluka dan pegang satu kata-kata ini, buat baik tanpa mengharapkan balasan, sebab apa Allah s.w.t dah janjikan buat baik akan dibalas baik, tetapi jangan mengharapkan dan tidak semestinya orang yang kita berbuat baik itu yang akan membalasnya.. 

Dalam kesibukanku tahun yang penuh mencabar ini, keluarga kami dihadiahkan dengan satu pemberian tak terduga, kehadiran Muhammad Hazim Adli Bin Mohd Fakrullah pada 06062020 jam 3.31am my littel chubby boyfriend yang ke lima ini.



Maka berlalu dan datangnya September bulan yang dipenuhi hari jadi orang-orang sekeliling yang disayangi, mulanya dengan kak suhaila,lepas itu Wawa a.k.a. my adik juga ne 10hb September 2020, lepas tu kakak pada 13hb September 2020, nur izzah pada 19hb September 2020 dan last not least my BFF dari tadika Cik Nur Elani Hashnor 26hb September 2020. Pada tarikh 01hb September 2020, 13hb September 2020 juga menjadi tarikh yang akan diingati #ASANFM Allah s.w.t lebih mengetahui..cuma mohon dipermudahkan segalanya.. Tetapi tarikh yang paling membuatkanku rasa nak kutip semula kekuatan yang ada adalah 25hb September 2020 di mana ia adalah tarikh cukup setahun abah Hj Mahtar Bin Haji Desa kembali kepada penciptaNya, terdiam sebentar..setahun berlalu dengan pantas pelbagai cabaran dan ujian tapi setiap yang jadi itu adalah ada pengajaran bagi setiap satu.


abah adik love you so much 💞

Berlalu September datangnya Oktober, 10102020 satu tarikh yang menjadi ingatan sekali lagi..pertemuan pertama kali #ASANFM dengan kaum keluarga sebelah abah sebab kami jumpa dekat rumah kenduri sepupu anaknya kahwin. 11102020 pertama kali keluar dengannya dan kawan-kawannya pertama kali sembang depan-depan..mohon doa yang baik-baik..moga yang baik-baik yang datang..satu yang sangat terkejut bila mak siap cerita zaman kanak-kanak yang tak pernah mak cerita dekat orang lain..tetapi dengannya mak sembang seolah-olah kenal lama dan cara dia cuba approach dari hari pertama tegur, rasa selesa macam kenal lama, selepas kepulangannya kami ada ziarah abah..nothing much adik cakap dengan abah..doakan moga dipermudahkan walau adik tak sempat nak ada moment ini dengan abah..doakan yang baik-baik moga dipermudahkan urusan seterusnya..

Berlalunya Oktober, bulan yang paling dinantikan November, yang tak disangkakan sekali lagi, #ASANFM berkongsi bulan yang sama, dan kali kedua tyha cukup umur tanpa ucapan,peluk cium dari abah pada hari istimewa adik tetapi, Allah s.w.t gantikan orang yang baik-baik diisekelilingku yang sentiasa ada susah dan senang..walau apa jua keadaan..terima kasih untuk permulaan 365 hari seterusnya dalam usiaku..dan pada hari terakhir bulan November 2020, dapat sambut bersama #ASANFM Happy Birthday to #ASA perbezaan lebih kurang 96 jam 💗




Terima kasih buat semuanya 💖💖💖💖



antara yang sempat kami ziarah abah selepas setahun lebih ini..

Akhir kata alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi peluang bernafas dan melalui satu lagi lembaran 365 hari bagi tahun 2020, moga yang baik-baik untuk tahun 2021, semoga dipermudahkan segala urusan dan moga orang dikelilingku dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t selalu..

P/S : Nukilan ini sekadar untuk kenangan sepanjang tahun 2020, moga tersemat kenangan yang paling indah buatku baca balik satu hari nanti..walau tak semua cerita ku nukilkan disini antaranya sahaja disini.sebagai pengajaran dan kenangan tahun 2020 buatku..

TERIMA KASIH BUAT SEMUANYA 2020.

Wednesday, February 12, 2020

Abah dalam kenangan 25 September 2019 (25 Muharram 1441 Hijrah)

Assalamualaikum..setelah sekian lama tak sempat nak jenguk blog, maka hari ini setelah berasa kuat baru mampu ku menulis kisah yang membuatku terasa dunia terhenti seketika..Pemulaan ceritanya tanggal 26 July 2019, abah ada pemeriksaan di Hospital Besar Langkawi, sebelum dari itu abah sudah mula jadi pening mungkin kesan dari penyakit yang abah alami. Ini merupakan temujanji abah dengan Doktor pakar yang terakhir, abah diminta untuk dimasukkan ke wad oleh kerana abah abah pening dan keputusan CT Scan yang lepas kerana ketumbuhan dikepala abah dari sebelah kanan sahaja sekarang di sebelah kiri pon sudah ada ketumbuhan disebabkan ketumbuhan itu abah menjadi pening. Sebelum ini abah juga telah dimaklumkan untuk berhenti ubat Tarceva dan perlu melakukan "chemotherapy" dan "radiotherapy" dan mak antara orang yang paling susah hati kerana dalam tempoh proses "chemotherapy dan "radiotherapy" abah akan jadi letih dan perlukan bantuan utk bergerak.



Tanggal 28 July 2019 abah dimasukkan ke wad pukul 1230 tengah hari, kami siapkan abah tukar baju dan kemaskan meja abah semua, pada sebelah malamnya bermula 12.00 tengah malam abah harus berpuasa untuk mengambil sekali lagi CT Scan. Pada siangnya kakak dan mak gerak ke hospital dahulu untuk menemani abah CT Scan, tunggu punya tunggu sampai pukul 2.30 petang abah masih puasa dan belum pergi CT Scan, muka abah dah mula bertukar pucat..pergi bagitahu jururawat barulah kalut-kalut bawak pergi CT Scan..selepas CT Scan sepatutnya abah harus rest dulu kat hospital, tapi abah tak mahu tunggu lagi abah nak balik rumah..abah boleh balik tapi doktor minta abah tandatangan dimana selepas balik sekiranya berlaku apa-apa adalah tanggungjawab sendiri. Dalam perjalanan pulang mak cakap abah sudah mula pening dan muntah dalam kereta.




Setelah sampai rumah, abah terus masuk ke dalam bilik, adik tak tahu abah rasa macam mana sebab abah cakap bila buka mata semua rasa memusing dan abah terus pejam mata. Maka kesihatan abah mulai menurun. Hari berganti hari abah masih sama..pening mata katanya..kami sentiasa beri semangat supaya abah terus kuat sebab penyakit kanser tidak boleh terlalu sedih, tidak boleh selalu marah ianya akan menjadi 'baja' yang menyebabkan kanser akan cepat aktif merebak..kami cuba rawatan kampung juga..pergerakan abah kembali menggunakan kerusi roda..




 Pada awal tahun lagi abah sudah merancang untuk membawa caq & angah mengerjakan umrah bersama abah, sebelum ini abah sudah bawa anak perempuannya, maka kali ini abah nak bawa anak lelaki pula..abah telah membayar deposit dan kesemua jumlah pakej tersebut, apabila kesihatan menurun mak cuba beri semangat untuk abah kuat semula dan mampu mengerjakan umrah bersama-sama caq & ngah, setiap kali ngah mai mesti ngah akan cakap "abah kena kuat abah cakap nak bawak kami p umrah ya dak" abah mengganguk senyum.




Kami menjaga abah bersilih ganti dengan kakak dan mak. Sebelah siangnya abah tidur jadi disebelah malam abah akan berjaga dan akan panggil salah seorang dari kami bertiga untuk layan apa sahaja yang diminta abah,kadang kala mengurut kaki dan tangannya lenguh, kadang diminta mengaji Al Quran walau radio yang mengalunkan ayat-ayat Al Quran sentiasa terbuka, kami ikutkan saja..abah kalau bangun sahaja pasti muntah, jadi sekiranya nak bawak abah bergerak pasti bekas muntah menemani..kami juga minta doktor klinik swasta untuk menambah air sebab abah selalu keletihan setiap kali muntah..lepas tambah air nampak segar kembali..2 kali abah ditambahkan air di rumah..ada sekali apabila kerap kali muntah, kerongkong abah mungkin cedera, abah ada muntah darah juga..mak risau nak bawak ke hospital takut disalahkan sebab abah tandatangan surat sekiranya berlaku apa-apa adalah tanggungjawab sendiri..kami hanya mampu bantu abah minum air banyak-banyak dan makan..abah nak makan abah sahaja kami ikutkan..sebab abah memang pantang dan abah teringin nak makan "burger mcdonald" ku ikutkan beli dan bg abah makan tapi sebelah sahaja abah jamah..takpa ku ikut kan sahaja..abah masih pejam sampai ada yang bercerita..biasalah duduk di kampung..abah sudah buta..sedihnya hati Allah sahaja yang tahu kisahnya..kami sekeluarga kuat dan tabah lawan apa yang orang kata..akhirnya abah kuat dah tak pening lagi cuma abah sudah tak mampu nak buat semuanya sendiri, saya dan kakaklah yang angkat abah bagi mandi, makan, dan bawak bergerak dalam rumah...walau orang kata keringat perempuan tak sekuat mana tapi dengan izin Allah s.w.t ada kekuatan yang mampuku buatkan utk abah..pelbagai kisah waktu jaga abah bila ingat kembali menjadikan gelak tawa..sbb walau abah sakit tapi abah masih dengan lawak dan gurau senda dalam serius..hehehe..




Dalam tempoh menjaga abah, saya ada tanya abah, "abah boleh kami mandikan abah awal pagi sebelum adik pergi kerja?sebab kesian kat mak, mak tak boleh angkat berat sebab baru lepas operation batu karang bulan 6 haritu" abah membalas "boleh,tapi gunakan air panas" saya tersenyum kat abah "jangan risau kami mandikan dengan air panas" dan sejak dari itu menjadi rutin harian buat pukul 7 lebih ke pukul 8 mandi pagi..selepas selesai abah baruku bersiap untuk masuk kerja pukul 9 pagi..kadang keluar dari rumah 8.50 bawak kereta tak payah cakap lajunya, sampai pejabat 9.15 pagi..redha ja kalau dapat surat tunjuk sebab..balik kerja ja 5.30 tepat gerak balik terus tak tunggu dah..sebab tahu kesian kat mak & kakak jaga abah..Abah pon selalu tunggu adik nak mandikan..kami bagi mandi pakaikan pampers then baju dan letak bedak..abah paling marah kalau bubuh bedak kat muka..abah pernah menangis..abah minta maaf abah susahkan hampa kena jaga abah..abah tak mampu nak buat sendiri..kami selalu kata takpa abah..dulu abah jaga kami..sekarang peluang untuk kami jaga abah pula..bila ingat ayat abah menangis dan cakap ayat tu..setiap kali tu air mata bercurah-curah keluar dengan sendirinya..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan tu..hujung bulan 8..abah redha dan rela hati menarik diri dari pergi ke umrah atas faktor kesihatan..setiap hari kami menjaga abah seperti biasa..awal bulan September malam abah tidak boleh tidur, abah pernah kata dekat adik..tu depa mai dah..adik cakap sapa yang mai cuba habaq..abah diam ja sambil tengok benda tu..( dalam erti kata lain malaikat maut yang alami sahaja boleh nampak).




Tanggal 23 September 2019 bersamaan 23 Muharram 1441 hijrah..abah sudah mula tidak mahu bercakap hanya berkomunikasi dengan angguk dan geleng sahaja.. makanan abah pon mak kisar bagi jadi halus..Pada tanggal 25 September 2019 (rabu) sebelah pagi selepas mandi macam biasa akan ku peluk cium abah sebelum pergi kerja..dan abah pun tidur..mak call tengah hari tu peringat nak belikan air mineral untuk buat kenduri yassin untuk abah pada hari khamis sebab abah nampak letih..buat rutin macam biasa..cuma balik lambat sikit sbb settlekan mineral hantar pergi rumah yang nak bungkuskan makanan..selesai balik p rumah..abah tertidur selepas makan atas kerusi malas..pastu gerak abah kita tidur atas katil ya..dia angguk..then tukar pampers lap-lap abah..selimutkan bagi abah tidur..selepas tu kami makan malam sekejap sementara abah tidur..selesai makan..masuk mandi dan solat maghrib..p jenguk abah..sebab rasa tak sedap hati..masuk baca yassin tepi abah..penafasan abah nampak teruk..mak telefon ngah untuk ambil doktor yang datang tambah air untuk abah untuk tengok keadaan abah tetapi doktor tak boleh datang dengan segera sebab ada pesakit di kliniknya....minta ngah tanyakan dengan doktor..pernafasan abah teruk bila baring terlentang..doktor nasihatkan untuk bagi abah menyiring..baru tak penat..saya ubahkan abah ke kiri..tiba-tiba abah tersenyap..Allahhu perasaan waktu tu..lepas tu menyiringkan abah ke kanan..abah tengah nazak waktu tu..kami bisikan ke telinga abah "laillahaillah" mak telinga kanan saya telinga kiri abah..dengan izin Allah dan sudah tertulis masanya di Luh Mahfuz masa dan ketika itu ku akan mencabut nyawaMu..abah menghembuskan nafas terakhir dan mak peluk cium abah..saya jadi kaku dan tersenyap sebentar..terasa dunia kelam..walau bagaimanapun ku harus kuat depan mak..
Doktor sampai sejurus selepas tu, Doktor panggil "pakcik, pakcik saya mai ne, pakcik dengar saya dak?" dia terus periksa keadaan jantungnya doktor cakap ada lagi..tapi perlahan sudah..doktor panggil ngah keluar dan cakap bergantung sama kamu sekeluarga nak bawa ke hospital tu boleh mungkin dapat bertahan dalam 1 - 2 jam..mak dengar apa yang doktor cakap..mak tak mahu bawak abah ke hospital lagi sebab mak kesian kat abah..kalau proses kesian dekat abah..mak redha dah..lepas 5 minit..Imam masjid minta doktor periksa sekali lagi..dan tepat 10.45 malam abah disahkan telah pergi menghadap sang penciptaNya..Allahhu perasaan waktu tu..




Allah..kelam dunia...tapi abah dia dah persiapkan semua perkakas untuk dipakaikan apabila meninggal..seperti jubah, kain serban, ketayab kopiah di dalam almari..mak pula memang standby kain tuala,kain batik..selepas abah disahkan meninggal dengan cepatnya urusan abah diselesaikan..orang tiba-tiba ramai dalam rumah nak bantu angkat abah untuk "dimandi pakai" atau mandi sementara..saya sibuk kemaskan bilik yang menjadi bilik tetamu..masukkan katik dan pasangkan cadar untuk letakkan abah selepas mandi pakai..walau abah pergi dah lewat..tapi orang ramai tu macam masih awal..dan sempat buat Tahlil Kematian..dan pada malam tersebut saya,mak dan kakak tidak tidur sama sekali sebab mata tak rasa letih..sebab rasa macam baru ja..malam tu juga mak berbincang dengan Imam untuk simpan abah selepas zohor..sebab nak menunggu caq dan keluarga dari Johor..kami pun selesaikan beberapa urusan sebelum menjelang subuh..dekat menjelang subuh caq telefon dia memandu dari Johor dan berhenti di KLIA ambil penerbangan ke Langkawi..lega dengar awal sedikit caq sampai..dalam pukul 8 pagi caq sampai dirumah..seawal 7 pagi sudah ada yang berkunjung ke rumah untuk ziarah abah buat kali terakhir..tambahan kawan-kawan abah terdiri dari para pendidik,pastiNya mengambil kesempatan seawal yang boleh untuk mengunjung sebelum ke sekolah..Abah serorang yang baik,susah untuk kata tidak bila diminta bantuan keringat mahupun kewangan dari abah..sentiasa senyum dan gelak tawa abah paling dirindui..Allah sahaja yang tahu..perasaan waktu itu..



Abah..hari ini genap 140 hari abah pergi meninggalkan kami..adik cakap terus terang adik rindu abah sangat...rindu nak menyakat abah masa suap makan..rindu semuanya abah...dulu apa-apa abah selalu ada dengan adik..abah selalu akan happykan adik walau adik tau abah mungkin tak mampu nak buat tu..abah selalu sokong adik dalam apa jua bidang yang adik ceburi..dulu adik masuk bowling..abah sokong dan sentiasa ikut adik bila ada lawan dari tingkatan 1-5 abah always ada dengan adik..cuma 1 sahaja yang adik tak sempat dengan abah..sambut harijadi yang ke 26 dan abah tak sempat tengok adk mendirikan rumah tangga adik juga tak sempat nak abah jadi wali adik bila adk bertemu jodoh nanti..abah adik sayang abah sangat-sangat..hilang satu tempat adik bermanja dan melepaskan rasa..abah..in shaa Allah dengan izin Allah adik akan menyusul abah satu hari nanti..abah tunggu adik kat sana ya..sayang abah sampai bila-bila..HAJI MAHTAR BIN HAJI DESA dalam kenangan 

31 Mei 1959 - 25 September 2019 (60 tahun)

Tuesday, March 6, 2018

KENANGAN 2017 TERPAHAT DI INGATAN


Assalamualaikum..selamat sejahtera..selepas sekian lama tak sempat update blog..hari ini 07/03/2018 ku cuba menulis semula di blog..semakin meningkat usia semakin banyak dugaan dan rintangan..tahun 2017 membuatkan ku terus jadi kuat walau hakikatnya kadangkala ku terjatuh. 30.03.2017 abah mula kehilangan suara..kami sangkakan hanya kerana cuaca yang kurang mengizinkan pada saat itu..lagi lama rasa macam ada sesuatu yang tidak kena..abah cuba periksa di klinik swasta PMC..setelah 'check up' abah disahkan ada satu ketumbuhan di otak & paru-paru dan ketumbuhan tersebut telah menyebabkan satu saraf dari peti suara ke paru-paru telah kendur..Doktor nasihatkan abah rujuk ke hospital kerajaan untuk buat pemeriksaan rapi..kerana abah berkerja dalam bidang kerajaan, jika guna khidmat swasta akan menelan belanja yg tinggi..setelah doktor rujukan abah ke hospital kerajaan abah melakukan pemeriksaan dan diberikan tarikh untuk jumpa doktor pakar di hospital lama Alor Star di wad pakar paru-paru..


Pada tanggal 29.05.17 abah dan mak pergi ke hospital lama dan doktor memberitahu abah akan dibedah untuk ambil 'sample' ketumbuhan yang berada di paru-paru abah untuk sahkan ianya ketumbuhan biasa atau kanser..abah dipindahkan ke General Hospital Pulau Pinang pada 30.05.2017..abah dijadualkan di bedah pada 31.05.2017 iaitu tarikh hari lahir abah..tak dapat ku bayangkan perasaan abah pada saat dan ketika itu,ku tak mampu untuk menjaga abah pada waktu itu kerana atas urusan kerja dan harus jaga rumah di sini..hanya mak,abgcaq dan kakak ja berulang alik ke hospital. walau rasa sedikit terkilan dengan tidak dapat menjaga abah..ku redha Allah permudahkan pembedahan abah selama lebih kurang 4 jam..dan kejadian ini berlaku dalam bulan puasa..besar sungguh dugaanMu..abah berada di wad General Hospital Pulau Pinang lebih kurang 1 minggu lebih dan abah dibenarkan pulang sebelum raya..


Alhamdulillah..dengan izinNya..kami dapat beraya bersama..kami sambut raya paling 'simple' kerana abah baru keluar hospital..selepas sebulan kami ke GH Pulau Pinang semula untuk buka jahitan abah dan doktor akan sahkan keputusan 'sample' yang diambil..dengan izin Allah s.w.t doktor sahkan abah Kanser paru-paru tahap 4 dan kanser Otak tahap 2..ketika pulang dari hospital abah bagai kurang dapat menerima kenyataan tentang menyakitnya itu..kami cuba gembirakan abah pulihkan semangatnya kerana penyakit kanser sekiranya kita terlalu sedih memikirkan penyakit itu ia akan menjadi BAJA untuk kanser merebak lebih teruk..Mak mohon ditukarkan hospital untuk 'check up' bulanan ke hospital lama Alor Star dan ada 2 cara untuk merawat kanser..pertama 'chemotherapy' atau ubat penganti 'chemotherapy' dikenali sebagai 'Tarceva'.. Allah s.w.t nak menguji tahap kesabaran dan ketenangan hambaNya..Simtom-simtom yang akan terjadi sekiranya makan ubat terbabit : 


1.Ditumbuhi dengan jerawat
2.Menjadi ruam & gatal pada badan
3.Batuk,demam & sukar bernafas
4.kurang selera makan
5.Menjadi seperti cacar air di tepi kuku kaki atau tangan.


kenangan abah selepas 'operation' bersama Doktor pakar paru-paru GH Pulau Pinang

Saturday, September 8, 2012

eid 2012 family HJ MAHTAR & HJH RAFISAH

assalamualaikum...rasa belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua...lama tak update blog ne...sebab tak ada masa dan sibuk belajar..disini tyha ingin mohon ampun maaf buat semua yang mengenali tyha dan semua yang baca blog ne..tyha sedar tyha hanya manusia yang penuh dengan dosa..tyha harap kita dapat memaafkan sesama sendiri...tyha bukan manusia yang sempurna..ne ada beberapa pic waktu rya ri2...=DDD..hope semua suka....tahun ne tema biru..=D..akhir kata dari tyha...terima kasih...hope enjoy2...=)))

HAAPY FAMILY FOREVER...=D 






Thursday, May 3, 2012

Terus Cintai Aku...=)




Cinta tak berbalas,rasanya sakit sangat.Tapi malu yang terasa saat semuanya terbongkar,lebih menyakitkan sampai aku akan terus tidur,terus tidur,dan terus tidur selama tiga hari tiga malam,walaupun bukan untuk selamanya,Sungguh....hati di dalam tak mampu lagi mengenang sesuatu yang sudah terlepas daripada genggaman.ya...aku hanya memuja bulan!tapi...alangkah indah jika bulan yang dipuja itu benar-benar menjadi milikku,milik yang abadi...

Sayang sekali hakikat hidup,tidaklah seenteng itu.jarak aku dan bulan yang terlalu jauh tidak memungkinkan tangan menggapai.Kenyataannya,bukan semua keinginan akan jadi kenyataan..Aku redha,aku terima apa yang berlaku walaupun ada pelbagai rasa bergolak dalam diri.bukan sehari,bukan sebulan,bukan setahun,bukan juga dua puluh tahun!tapi hampir 20 tahun aku menunggu dia.Menunggu dia yang langsung tidak ingat padaku setelah pergi...

Bertemu kembali dengan dia memang impianku selama ini.Tapi bertemu dia dengan hati yang sudah dipenuhi dengan nama gadis lain mimpiku tiba-tiba jadi gerhana.hampa yang tak terasa seperti tidak mampu ku tanggung lagi.Namun....aku terus ke depan.Pada dia,aku cuba berlagak tenang walau dalam tenang aku menjadi perlarian.

Gambar itu.....sekeping gambar itu,tanpa sedar membongkar hati yang lama kusimpan.Lantas,aku pergi...
tak mungkin terus menunggu keajaiban tiba.Tapi jika memang sudah tertulis dia milikku,tidak ada siapa mampu menghalang....

 tyha memang dah jatuh cinta dengan novel ini...terima kasih ALEYA ANEESA....lebih kurang ceritanya dengan saya....=))


Wednesday, April 11, 2012

kita berada di Malaysia boleh merasa sedikit getaran pon da cukup takut dan sgt mmberi pngarajan macam rakayat di aceh dan kawasan sekitarnya yg lg hampir mesti rasa lebih dari kita...YA ALLAH hambamu ini bersyukur dipanjangkan umur sekali lagi...amin,,,
ya ALLAH semalam hanya TUHAN yg tahu betapa takutnya hambamu ini...sewaktu gegaran itu...gegaran itu betul-betul memberi kesan dan hidayah kepada hambamu ini...sungguh menakutkan walaupun hanya sementara...tp kesan dirasakan sampai hari ni...semalam itu ALLAH dah beri petanda...supaya kita kembali kepadanya...kembali bertakwa  kepadanya dan memohon keampunan...ingat dengan ALLAH KITA HIDUP..DENGAN ALLAH KITA MATI...gegaran yg dirasai pd pkul 4.53ptg dan 6.30ptg sungguh memberi pengaran yang cukup besar buatku...betapa besarnya kekuasaan ALLAH...alhamdulillah ALLAH masih beri kita peluang utk bertaubat kepadanya kerana hari ini kita semua masih bernyawa....

2020 Full Of Colour

Setelah sekian lama, tak sempat ambil masa dan ruang untuk menulis di blog ne..blog ini juga umpama seperti dairi, akan ku simpan kisahku, k...