Assalamualaikum..setelah sekian lama tak sempat nak jenguk blog, maka hari ini setelah berasa kuat baru mampu ku menulis kisah yang membuatku terasa dunia terhenti seketika..Pemulaan ceritanya tanggal 26 July 2019, abah ada pemeriksaan di Hospital Besar Langkawi, sebelum dari itu abah sudah mula jadi pening mungkin kesan dari penyakit yang abah alami. Ini merupakan temujanji abah dengan Doktor pakar yang terakhir, abah diminta untuk dimasukkan ke wad oleh kerana abah abah pening dan keputusan CT Scan yang lepas kerana ketumbuhan dikepala abah dari sebelah kanan sahaja sekarang di sebelah kiri pon sudah ada ketumbuhan disebabkan ketumbuhan itu abah menjadi pening. Sebelum ini abah juga telah dimaklumkan untuk berhenti ubat Tarceva dan perlu melakukan "chemotherapy" dan "radiotherapy" dan mak antara orang yang paling susah hati kerana dalam tempoh proses "chemotherapy dan "radiotherapy" abah akan jadi letih dan perlukan bantuan utk bergerak.
Tanggal 28 July 2019 abah dimasukkan ke wad pukul 1230 tengah hari, kami siapkan abah tukar baju dan kemaskan meja abah semua, pada sebelah malamnya bermula 12.00 tengah malam abah harus berpuasa untuk mengambil sekali lagi CT Scan. Pada siangnya kakak dan mak gerak ke hospital dahulu untuk menemani abah CT Scan, tunggu punya tunggu sampai pukul 2.30 petang abah masih puasa dan belum pergi CT Scan, muka abah dah mula bertukar pucat..pergi bagitahu jururawat barulah kalut-kalut bawak pergi CT Scan..selepas CT Scan sepatutnya abah harus rest dulu kat hospital, tapi abah tak mahu tunggu lagi abah nak balik rumah..abah boleh balik tapi doktor minta abah tandatangan dimana selepas balik sekiranya berlaku apa-apa adalah tanggungjawab sendiri. Dalam perjalanan pulang mak cakap abah sudah mula pening dan muntah dalam kereta.
Setelah sampai rumah, abah terus masuk ke dalam bilik, adik tak tahu abah rasa macam mana sebab abah cakap bila buka mata semua rasa memusing dan abah terus pejam mata. Maka kesihatan abah mulai menurun. Hari berganti hari abah masih sama..pening mata katanya..kami sentiasa beri semangat supaya abah terus kuat sebab penyakit kanser tidak boleh terlalu sedih, tidak boleh selalu marah ianya akan menjadi 'baja' yang menyebabkan kanser akan cepat aktif merebak..kami cuba rawatan kampung juga..pergerakan abah kembali menggunakan kerusi roda..
Pada awal tahun lagi abah sudah merancang untuk membawa caq & angah mengerjakan umrah bersama abah, sebelum ini abah sudah bawa anak perempuannya, maka kali ini abah nak bawa anak lelaki pula..abah telah membayar deposit dan kesemua jumlah pakej tersebut, apabila kesihatan menurun mak cuba beri semangat untuk abah kuat semula dan mampu mengerjakan umrah bersama-sama caq & ngah, setiap kali ngah mai mesti ngah akan cakap "abah kena kuat abah cakap nak bawak kami p umrah ya dak" abah mengganguk senyum.
Kami menjaga abah bersilih ganti dengan kakak dan mak. Sebelah siangnya abah tidur jadi disebelah malam abah akan berjaga dan akan panggil salah seorang dari kami bertiga untuk layan apa sahaja yang diminta abah,kadang kala mengurut kaki dan tangannya lenguh, kadang diminta mengaji Al Quran walau radio yang mengalunkan ayat-ayat Al Quran sentiasa terbuka, kami ikutkan saja..abah kalau bangun sahaja pasti muntah, jadi sekiranya nak bawak abah bergerak pasti bekas muntah menemani..kami juga minta doktor klinik swasta untuk menambah air sebab abah selalu keletihan setiap kali muntah..lepas tambah air nampak segar kembali..2 kali abah ditambahkan air di rumah..ada sekali apabila kerap kali muntah, kerongkong abah mungkin cedera, abah ada muntah darah juga..mak risau nak bawak ke hospital takut disalahkan sebab abah tandatangan surat sekiranya berlaku apa-apa adalah tanggungjawab sendiri..kami hanya mampu bantu abah minum air banyak-banyak dan makan..abah nak makan abah sahaja kami ikutkan..sebab abah memang pantang dan abah teringin nak makan "burger mcdonald" ku ikutkan beli dan bg abah makan tapi sebelah sahaja abah jamah..takpa ku ikut kan sahaja..abah masih pejam sampai ada yang bercerita..biasalah duduk di kampung..abah sudah buta..sedihnya hati Allah sahaja yang tahu kisahnya..kami sekeluarga kuat dan tabah lawan apa yang orang kata..akhirnya abah kuat dah tak pening lagi cuma abah sudah tak mampu nak buat semuanya sendiri, saya dan kakaklah yang angkat abah bagi mandi, makan, dan bawak bergerak dalam rumah...walau orang kata keringat perempuan tak sekuat mana tapi dengan izin Allah s.w.t ada kekuatan yang mampuku buatkan utk abah..pelbagai kisah waktu jaga abah bila ingat kembali menjadikan gelak tawa..sbb walau abah sakit tapi abah masih dengan lawak dan gurau senda dalam serius..hehehe..
Dalam tempoh menjaga abah, saya ada tanya abah, "abah boleh kami mandikan abah awal pagi sebelum adik pergi kerja?sebab kesian kat mak, mak tak boleh angkat berat sebab baru lepas operation batu karang bulan 6 haritu" abah membalas "boleh,tapi gunakan air panas" saya tersenyum kat abah "jangan risau kami mandikan dengan air panas" dan sejak dari itu menjadi rutin harian buat pukul 7 lebih ke pukul 8 mandi pagi..selepas selesai abah baruku bersiap untuk masuk kerja pukul 9 pagi..kadang keluar dari rumah 8.50 bawak kereta tak payah cakap lajunya, sampai pejabat 9.15 pagi..redha ja kalau dapat surat tunjuk sebab..balik kerja ja 5.30 tepat gerak balik terus tak tunggu dah..sebab tahu kesian kat mak & kakak jaga abah..Abah pon selalu tunggu adik nak mandikan..kami bagi mandi pakaikan pampers then baju dan letak bedak..abah paling marah kalau bubuh bedak kat muka..abah pernah menangis..abah minta maaf abah susahkan hampa kena jaga abah..abah tak mampu nak buat sendiri..kami selalu kata takpa abah..dulu abah jaga kami..sekarang peluang untuk kami jaga abah pula..bila ingat ayat abah menangis dan cakap ayat tu..setiap kali tu air mata bercurah-curah keluar dengan sendirinya..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan tu..hujung bulan 8..abah redha dan rela hati menarik diri dari pergi ke umrah atas faktor kesihatan..setiap hari kami menjaga abah seperti biasa..awal bulan September malam abah tidak boleh tidur, abah pernah kata dekat adik..tu depa mai dah..adik cakap sapa yang mai cuba habaq..abah diam ja sambil tengok benda tu..( dalam erti kata lain malaikat maut yang alami sahaja boleh nampak).
Tanggal 23 September 2019 bersamaan 23 Muharram 1441 hijrah..abah sudah mula tidak mahu bercakap hanya berkomunikasi dengan angguk dan geleng sahaja.. makanan abah pon mak kisar bagi jadi halus..Pada tanggal 25 September 2019 (rabu) sebelah pagi selepas mandi macam biasa akan ku peluk cium abah sebelum pergi kerja..dan abah pun tidur..mak call tengah hari tu peringat nak belikan air mineral untuk buat kenduri yassin untuk abah pada hari khamis sebab abah nampak letih..buat rutin macam biasa..cuma balik lambat sikit sbb settlekan mineral hantar pergi rumah yang nak bungkuskan makanan..selesai balik p rumah..abah tertidur selepas makan atas kerusi malas..pastu gerak abah kita tidur atas katil ya..dia angguk..then tukar pampers lap-lap abah..selimutkan bagi abah tidur..selepas tu kami makan malam sekejap sementara abah tidur..selesai makan..masuk mandi dan solat maghrib..p jenguk abah..sebab rasa tak sedap hati..masuk baca yassin tepi abah..penafasan abah nampak teruk..mak telefon ngah untuk ambil doktor yang datang tambah air untuk abah untuk tengok keadaan abah tetapi doktor tak boleh datang dengan segera sebab ada pesakit di kliniknya....minta ngah tanyakan dengan doktor..pernafasan abah teruk bila baring terlentang..doktor nasihatkan untuk bagi abah menyiring..baru tak penat..saya ubahkan abah ke kiri..tiba-tiba abah tersenyap..Allahhu perasaan waktu tu..lepas tu menyiringkan abah ke kanan..abah tengah nazak waktu tu..kami bisikan ke telinga abah "laillahaillah" mak telinga kanan saya telinga kiri abah..dengan izin Allah dan sudah tertulis masanya di Luh Mahfuz masa dan ketika itu ku akan mencabut nyawaMu..abah menghembuskan nafas terakhir dan mak peluk cium abah..saya jadi kaku dan tersenyap sebentar..terasa dunia kelam..walau bagaimanapun ku harus kuat depan mak..
Doktor sampai sejurus selepas tu, Doktor panggil "pakcik, pakcik saya mai ne, pakcik dengar saya dak?" dia terus periksa keadaan jantungnya doktor cakap ada lagi..tapi perlahan sudah..doktor panggil ngah keluar dan cakap bergantung sama kamu sekeluarga nak bawa ke hospital tu boleh mungkin dapat bertahan dalam 1 - 2 jam..mak dengar apa yang doktor cakap..mak tak mahu bawak abah ke hospital lagi sebab mak kesian kat abah..kalau proses kesian dekat abah..mak redha dah..lepas 5 minit..Imam masjid minta doktor periksa sekali lagi..dan tepat 10.45 malam abah disahkan telah pergi menghadap sang penciptaNya..Allahhu perasaan waktu tu..
Allah..kelam dunia...tapi abah dia dah persiapkan semua perkakas untuk dipakaikan apabila meninggal..seperti jubah, kain serban, ketayab kopiah di dalam almari..mak pula memang standby kain tuala,kain batik..selepas abah disahkan meninggal dengan cepatnya urusan abah diselesaikan..orang tiba-tiba ramai dalam rumah nak bantu angkat abah untuk "dimandi pakai" atau mandi sementara..saya sibuk kemaskan bilik yang menjadi bilik tetamu..masukkan katik dan pasangkan cadar untuk letakkan abah selepas mandi pakai..walau abah pergi dah lewat..tapi orang ramai tu macam masih awal..dan sempat buat Tahlil Kematian..dan pada malam tersebut saya,mak dan kakak tidak tidur sama sekali sebab mata tak rasa letih..sebab rasa macam baru ja..malam tu juga mak berbincang dengan Imam untuk simpan abah selepas zohor..sebab nak menunggu caq dan keluarga dari Johor..kami pun selesaikan beberapa urusan sebelum menjelang subuh..dekat menjelang subuh caq telefon dia memandu dari Johor dan berhenti di KLIA ambil penerbangan ke Langkawi..lega dengar awal sedikit caq sampai..dalam pukul 8 pagi caq sampai dirumah..seawal 7 pagi sudah ada yang berkunjung ke rumah untuk ziarah abah buat kali terakhir..tambahan kawan-kawan abah terdiri dari para pendidik,pastiNya mengambil kesempatan seawal yang boleh untuk mengunjung sebelum ke sekolah..Abah serorang yang baik,susah untuk kata tidak bila diminta bantuan keringat mahupun kewangan dari abah..sentiasa senyum dan gelak tawa abah paling dirindui..Allah sahaja yang tahu..perasaan waktu itu..
Abah..hari ini genap 140 hari abah pergi meninggalkan kami..adik cakap terus terang adik rindu abah sangat...rindu nak menyakat abah masa suap makan..rindu semuanya abah...dulu apa-apa abah selalu ada dengan adik..abah selalu akan happykan adik walau adik tau abah mungkin tak mampu nak buat tu..abah selalu sokong adik dalam apa jua bidang yang adik ceburi..dulu adik masuk bowling..abah sokong dan sentiasa ikut adik bila ada lawan dari tingkatan 1-5 abah always ada dengan adik..cuma 1 sahaja yang adik tak sempat dengan abah..sambut harijadi yang ke 26 dan abah tak sempat tengok adk mendirikan rumah tangga adik juga tak sempat nak abah jadi wali adik bila adk bertemu jodoh nanti..abah adik sayang abah sangat-sangat..hilang satu tempat adik bermanja dan melepaskan rasa..abah..in shaa Allah dengan izin Allah adik akan menyusul abah satu hari nanti..abah tunggu adik kat sana ya..sayang abah sampai bila-bila..HAJI MAHTAR BIN HAJI DESA dalam kenangan
31 Mei 1959 - 25 September 2019 (60 tahun)
No comments:
Post a Comment