Assalamualaikum..selamat sejahtera..selepas sekian lama tak sempat update blog..hari ini 07/03/2018 ku cuba menulis semula di blog..semakin meningkat usia semakin banyak dugaan dan rintangan..tahun 2017 membuatkan ku terus jadi kuat walau hakikatnya kadangkala ku terjatuh. 30.03.2017 abah mula kehilangan suara..kami sangkakan hanya kerana cuaca yang kurang mengizinkan pada saat itu..lagi lama rasa macam ada sesuatu yang tidak kena..abah cuba periksa di klinik swasta PMC..setelah 'check up' abah disahkan ada satu ketumbuhan di otak & paru-paru dan ketumbuhan tersebut telah menyebabkan satu saraf dari peti suara ke paru-paru telah kendur..Doktor nasihatkan abah rujuk ke hospital kerajaan untuk buat pemeriksaan rapi..kerana abah berkerja dalam bidang kerajaan, jika guna khidmat swasta akan menelan belanja yg tinggi..setelah doktor rujukan abah ke hospital kerajaan abah melakukan pemeriksaan dan diberikan tarikh untuk jumpa doktor pakar di hospital lama Alor Star di wad pakar paru-paru..
Pada tanggal 29.05.17 abah dan mak pergi ke hospital lama dan doktor memberitahu abah akan dibedah untuk ambil 'sample' ketumbuhan yang berada di paru-paru abah untuk sahkan ianya ketumbuhan biasa atau kanser..abah dipindahkan ke General Hospital Pulau Pinang pada 30.05.2017..abah dijadualkan di bedah pada 31.05.2017 iaitu tarikh hari lahir abah..tak dapat ku bayangkan perasaan abah pada saat dan ketika itu,ku tak mampu untuk menjaga abah pada waktu itu kerana atas urusan kerja dan harus jaga rumah di sini..hanya mak,abgcaq dan kakak ja berulang alik ke hospital. walau rasa sedikit terkilan dengan tidak dapat menjaga abah..ku redha Allah permudahkan pembedahan abah selama lebih kurang 4 jam..dan kejadian ini berlaku dalam bulan puasa..besar sungguh dugaanMu..abah berada di wad General Hospital Pulau Pinang lebih kurang 1 minggu lebih dan abah dibenarkan pulang sebelum raya..
Alhamdulillah..dengan izinNya..kami dapat beraya bersama..kami sambut raya paling 'simple' kerana abah baru keluar hospital..selepas sebulan kami ke GH Pulau Pinang semula untuk buka jahitan abah dan doktor akan sahkan keputusan 'sample' yang diambil..dengan izin Allah s.w.t doktor sahkan abah Kanser paru-paru tahap 4 dan kanser Otak tahap 2..ketika pulang dari hospital abah bagai kurang dapat menerima kenyataan tentang menyakitnya itu..kami cuba gembirakan abah pulihkan semangatnya kerana penyakit kanser sekiranya kita terlalu sedih memikirkan penyakit itu ia akan menjadi BAJA untuk kanser merebak lebih teruk..Mak mohon ditukarkan hospital untuk 'check up' bulanan ke hospital lama Alor Star dan ada 2 cara untuk merawat kanser..pertama 'chemotherapy' atau ubat penganti 'chemotherapy' dikenali sebagai 'Tarceva'.. Allah s.w.t nak menguji tahap kesabaran dan ketenangan hambaNya..Simtom-simtom yang akan terjadi sekiranya makan ubat terbabit :
